Saturday, July 11, 2009

Surah Al-Fatihah

  1. Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih
  • terdiri daripada 7 ayat
  • mendidik tauhid dan adab dengan Allah.Mulakanlah amalan dengan nama Allah,nescaya hidupmu akan penuh keberkatan.
  • membuktikan sifat penyayang dan pengasih Allah
  • sifat yang berbeza daripada sifat makhluk.sifat penyayang makhluk ada batasnya,contohnya, kalau ada seorang rakan tiap-tiap hari meminta wang daripada kita,lama-kelamaan perasaan benci akan timbul dalam hati kita kepadanya,ini menunjukkan bezanya kasih sayang Allah yang tidak terbatas, selagi hambaNya meminta kepadaNya,bertambah cinta dan kasihlah Allah kepada hambaNya itu. Kasih sayang Allah kepada makhlukNya melebihi kasih ibu kepada anaknya.Sebagaimana firmanNya:
    "Berdoalah kepadaKu,nescaya akan Ku perkenankan bagiMu..."
    (Al-Mu'min40:60)
2. Segala pujian bagi Allah Tuhan Pemelihara alam semesta
  • perasaan kesyukuran pada hati seorang mu'min
  • setiap kerdipan mata,hembusan nafas,detik dan waktu semuanya dari Allah namun, hanya sedikit orang yang bersyukur atas nikmat-nikmatNya.
  • daripada Ibn Majah,seorang hamba berdoa"Wahai Tuhanku,segala pujian adalah bagi Engkau iaitu kepujian yang layak dengan keagungan zatMu dan kebesaran kuasaMu"
  • "Rabb"-Tuhan adalah Pencipta,Pemelihara,Penguasa,Pentadbir
  • "Ilah"-Tuhan yang menentukan peraturan,undang-undang(cara hidup)
3. Maha Penyayang dan Maha Pengasih
  • ulang buat kali kedua,menunjukkan penegasan.
  • hubungan kasih sayang berkekalan antara Allah dan makhlukNya.
  • meransangkan kesyukuran dan sanjungan terhadap Allah
  • menginsafi dan mengenali diri sendiri.
4. Tuhan yang menguasai Hari Pembalasan
  • asas aqidah
  • hari perhitungan amalan manusia
  • kuasa mutlak di sisi Allah
  • balasan amal didunia.
  • Alam yang lebih agung daripada alam dunia.Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
"Dunia ini adalah ladang untuk bercucuk tanam(tempat melakukan amal ibadah dan amal kebaikan)yang hasilnya dituai di akhirat kelak"
5.Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan
  • aqidah asal dalam konsep tawajjuh(semuanya datang daripada Allah) dan beribadat kepada Allah
  • aqidah pengisytiharan kemerdekaan manusia.Islam ingin menghapuskan amalan perhambaan sepertimana yang diamalkan umat manusia terdahulu dengan memperhambakan diri hanya kepada Allah bukan pada manusia lain.
  • bebas dan merdeka daripada segala kepercayaan,cara hidup dan peraturan selain daripada Allah.Manusia yang tidak mengikut Al-Quran,umpama orang gila sebab dia telah menyalahi fitrahnya.
6. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
  • memberi bimbingan dan petunjuk ke jalan yang benar
  • bertawajjuh dengan doa sebagai bantuan dan pertolongan
  • hidayah adalah unsur penting dalam kehidupan mu'min.
  • merasakan diri kerdil dan lemah dihadapan Allah
7. iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka dan bukan jalan orang-orang yang sesat
  • nikmat-nikmat mereka yang mengenal jalan kebenaran dan mendapat hidayah
  • jalan dan cara hidup para rasul,nabi dan para solehin
  • orang-orang yang sesat dan dimurkai iaitu Yahudi dan Nasrani

Pembacaan surah ini sebagai salah satu rukun solat merupakan tarbiyyah terbaik yang mampu membentuk peribadi mu'min yang hebat dan yang hanya menjadikan Allah sebagai segala tempat pergantungan. Oleh itu hayatilah setiap ayat dan praktikkan al-Fatihah ini dalam kehidupan seharian kita.Insyallah,kita akan menjadi mu'min yang hebat.

No comments:

Post a Comment