Friday, July 10, 2009

Ciri-ciri hamba kepada Yang Maha Pemurah

Di sini,saya ingin berkongsi dengan kalian semua ciri-ciri yang telah dikupas daripada surah al-Furqan,surah yang ke-25,ayat 63-77 dengan panjang lebar oleh Ustaz Luqman Awang dalam salah satu slot daurah umum baru-baru ini,orang-orang yang beriman(hamba Allah yang sejati) adalah:

  1. Orang yang berjalan dengan rasa rendah hati. iaitu orang yang bebas daripada sifat sombong dan takbur. perasaan sombong ini bermula dengan rasa ujub(bangga diri) yang akan membuahkan penyakit hati yang lain iaitu riak. Riak adalah syirik kepada Allah secara tersembunyi yang akan membuatkan segala amal menjadi suatu yang sia-sia. daripada riak ini,maka timbullah rasa takbur dan seterusnya perasaan hasad dengki.
  2. Orang yang apabila disapa oleh orang yang jahil,dia akan menjawab "Salam"."Salam" disini, diertikan segala perkataan yang baik.disini,dapatlah digambarkan bahawa hamba Allah yang beriman ini tidak mudah panas baran,tetap bersabar dan "keep cool".
  3. Waktu siangnya akan disibukkan dengan urusan dunia,manakala apabila malam menjelang,akan diperuntukkan masanya bersama Allah(Qiamullail)
  4. Akan dihindari daripada neraka Jahannam-amalan hariannya jauh daripada amalan ahli neraka.
  5. Menginfakkan harta ke jalan Allah. Ini menunjukkan Allah telah mengajar hambaNya cara menguruskan kewangan.Seorang muslim hendaklah tidak boros dan tidak pula kedekut, yakni bersederhana dalam berbelanja.Pakar ekonomi menasihatkan agar menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada income setiap bulan untuk kegunaan emergency kelak.
  6. Tidak menyekutukan Allah/syirik.
  7. Tidak membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar seperti Qisas dan peperangan.
  8. Tidak berzina.Sebagaimana firman Allah:
    Janganlah engkau menghampiri zina;(zina) itu sungguh suatu perbuatan keji,dan suatu jalan yang buruk. (Al-Isra',17:32)
    Senyuman wanita adalah salah satu anak panah syaitan. Oleh itu,waspadalah wahai kaum Hawa. Betulkanlah niat kita even sewaktu bergambar..(praktis dulu ek depan cermin..senyuman tu menggoda ke tak..hehe)
  9. Orang yang tidak memberikan kesaksian palsu
  10. Jaga kehormatan
  11. Mengambil pengajaran daripada ayat-ayat Allah
  12. Berdoa agar dikurniakan isteri/suami dan zuriat yang soleh.Pada ayat ini juga adalah doa yang elok diamalkan.
  13. Memohon agar zuriatnya menjadi pemimpin orang yang bertaqwa.Oleh itu, hendaklah mempersiapkan diri dengan kualiti yang baik dari segi ekonomi,akhlak,ibadah,aqidah


No comments:

Post a Comment