Diri ini bukanlah seorang yang pandai menyusun kata-kata yang pasti akan membuat orang yang mendengarnya terpaku dan terpana seketika lantaran kata-kata hikmah yang terpacul di bibir. Ya.Kuakui semua itu.Orang disekeliling pun mengakuinya.Lantas diri ini memilih menjadikan blogging sebagai medium untuk menyampaikan dan berkongsi dengan kalian. Hanya sekadar percubaan,Semoga niat ikhlas serta secebis usaha ini akan dihitung Allah SWT.Insyallah.
Pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan lagi isu baru malah telah diperjelaskan dalam Al-Quran dan hadis. Islam telah pun mengajar umatnya tentang adab-adab malah Melayu juga penuh dengan pantang-larang berkenaan perkara ini. Tulisan ini bukanlah hanya untuk kalian sahaja malah sebagai peringatan untuk diri sendiri.
Telah lama aku amati masalah ini..gambar-gambar dalam Facebook,Friendster yang diupload telah cukup menggambarkan betapa ‘bebas’nya dan tanpa dibatasi iman pergaulan sesama bukan muhrim,yakni orang yang haram kalian gauli,sentuhi. Rasanya tak perlu diperjelaskan begitu detail pasal gambar-gambar itu. Sungguh menyedihkan apabila melihat watak-watak didalam gambar itu bukanlah orang yg asing bagiku,malah dikalangan sahabat-sahabatku sendiri.
Belajar diluar negara adakah bermaksud segala yang haram telah menjadi halal?Berada di luar negara adakah bermaksud lelaki dan perempuan yang bukan muhrim boleh digauli sesuka hati,sesuka nafsu syahwat?Berada diluar negara adakah bermaksud kalian bukan lagi orang Melayu yang terjaga adab sopannya?
Di kolej dulu, tak pernah aku dengar ada pelajar perempuan masuk sesuka hati dalam hostel pelajar lelaki.Di tanah air,kalian tidak pula tinggal serumah bercampur boys and girls even semasa pergi bercuti beramai-ramai.Dahulu,kalian berdating pun sorok-sorok, balik hostel malam-malam pun sembunyi-sembunyi,takut ditangkap dan disoal ustaz. Kenapa masalah ini kian parah apabila kalian berada diluar negara? Adakah kerana diluar negara sudah tiada lagi badan pencegah maksiat dari pihak pejabat menyerbu perbuatan khalwat ditempat sunyi?Adakah kerana diluar negara tiada lagi ustaz yang akan menyoal kalian apabila bermalam beramai-ramai dalam satu rumah?
Kepada siapakah sebenarnya patut kalian takutkan? Di dalam atau di luar negara,sedarkah kalian ada yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui di atas sana? Malah,lupakah kalian bahawa malaikat Raqib dan Atiq sentiasa menulis setiap amalan baik dan buruk kalian?Lupakah kalian bahawa mati akan menjelang bila masa pun,tidak kira umur dan tempat?Menyambut hari lahir dirumah pelajar lelaki..apabila ditegur,jawabnya,ingin mengeratkan ukhwah sesama rakan. Kenapakah ukhwah yang murni dicemari pemahaman yang cetek dan jahil sedemikian?Apabila ditegur,jawabnya.."bukannya ada apa-apa yang berlaku pun".Ya.Memang tiada apa-apa yang berlaku.Semua yang dahulunya adalah luar biasa sudah menjadi perkara biasa.Kelak,apabila disoal kenapa berdua-duaan..jawabnya,"Jangan risau,berdua-duaan je,bukannya berzina".Then,apabila disoal tentang perbuatan berzina,jawabnya,"Alahh..relax arr..bukannya mengandung pun".Inikah yang kalian inginkan?Inilah yang akan berlaku apabila dosa-dosa kecil dipandang ringan,sebagai satu fenomena yang biasa. Bukalah mata hati kalian untuk memahami hakikat batas-batas pergaulan yang digariskan agama,yang kalian belajar dan hafal dahulu untuk menjawab soalan subjek Pendidikan Agama Islam.Janganlah ianya sekadar teori untuk dihafal tetapi tidak dipraktikkan.
Sedarlah wahai sahabat-sahabatku,tepuk dada tanya Iman.Islam bukanlah teori-teori yang diterima nabi Muhammad daripada Allah untuk dihafal dan sebagai tambahan ilmu pengetahuan sahaja tetapi Islam adalah deen, the way of life. The way we see things in our life. Ingatlah, lelaki tetap lelaki,dan wanita tetap wanita. Masing-masing telah diciptakan dengan nafsu. Apabila godaan syaitan melanda,apa-apa sahaja boleh berlaku.segalanya akan kelihatan indah..mana taknya,syaitan dikala itu akan memainkan peranannya dengan begitu baik sekali. Sebagaimana firman Allah,
“Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan,berupa perempuan-perempuan,anak-anak,harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak,..”
(Ali-Imran,3:14)
No comments:
Post a Comment