Wednesday, January 26, 2011

Bahagia atau sengsara?

Adam dan Hawa dijadikan untuk saling melengkapi,diciptakan kerna saling memerlukan...

Atas sebab inilah,secara fitrahnya,manusia ingin dikasihi dan mengasihi...

Namun,ada yang ingin secara halal,ada yang ragu-ragu...ianya halal or haram...ada juga yang dah tak kisah halal ke haram...asal dapat je...(nauzubillahi min zalik)

Perhubungan yang terjalin pastinya diharapkan agar berakhir dengan kesudahan yang membahagiakan,kehidupan berumahtangga yang bahagia...cinta yang bersemi kekal hingga ke syurga..

Bara cinta sebelum kahwin pastikah akan semakin membara atau semakin memalap cahayanya?

Adakah alam perkahwinan membawa lebih banyak bahagia atau lebih sengsara?

Sejauh manakah benarnya...perkahwinan adalah perjudian hidup?

Tuesday, November 2, 2010

Indahnya Ukhuwwah Fillah

Debaran peperiksaan akhir semakin terasa.Sempat mencuri masa untuk membaca satu kisah yang menarik untuk dikongsikan disini...semoga mandapat manfaat buat diri dan pembaca...

Di dalam peperangan Yarmuk,Ikrimah bin Abu Jahal berkata; sebelum ini aku telah memerangi Rasulullah s.a.w di banyak tempat dan apakah pada hari ini aku akan lari daripaa kamu?Kemudian dia menyeru:Siapakah yang akan berbaiah(berjanji setia) untuk mati?Maka bapa saudaranya al-Harith bin Hisyam dan Dhiror bin al-Azur bersama-sama 400 orang pemuka muslimin dan tentera penunggang kuda berbaiah dengannya. Mereka berperang sehingga keemuanya mendapat luka dan Dhiror mati syahid. Ketika mereka hampir mati disebabkan luka yang ditanggung, mereka meminta supaya dibawa air minum. Lalu air minum dibawa kepada mereka, dia melihat kepada yang lainnya sambil berkata:Berilah kepadanya.Apabila dibawa kepada orang tersebut, dia melihat kepada yang lainnya sambil berkata:Berilah kepadanya.Meeka saling menyuruh supaya diberikan kepada yang lainnya sehinggalah semuanya mati tanpa ada yang meminumnya. Semoga Allah merahmati mereka semua.

Itulah hasil didikan Rasulullah s.a.w tentang berukhuwwah,persaudaraan yang dijalinkan dan seruan bainda kepada mengutamakan saudara semuslim melebihi daripada diri sendiri(itsar). Kerana dalam berukhuwwah,berlapang dada adalah serendah-rendah tahap,manakala itsar adalah setinggi-tinggi tahap.

Saturday, October 16, 2010

Hidup ini seperti robot??

Alhamdulillah...alhamdulillah,syukur..sesyukur-syukurnya kepada Allah masih diberi nafas pagi ini.Diberi nafas untuk bernafas sebagai seorang Islam,merasai Iman dalam hati.Alhamdulillah..
Hari-hari yang berlalu...terutamanya weekdays(most of the time at the uni..klas mula kul 8pg...then stay uni wat keja,study skit..FB,baca berita..smp ptg,balik umah jap utk makan,lepas maghrib...g uni balik smp mlm)mmg penat dan membuatkan aku berfikir,muhasabah diri.Apakah matlamat hidupku sebenarnya?(pastinya jawapannya ada dalam ayat Al-Quran[2:30 & 51:56])Tapi,sejauh mana ianya meresap masuk dlm hati dan dizahirkan melalui kehidupan seharian..
Semoga hari ini lebih baik daripada semalam...perlu tanam azam untuk balancekan masa untuk Dunia dan Akhirat..
Moga Allah redha dan beri petunjuk..Amin


Tuesday, October 12, 2010

Perkongsian dari Atap Hijau...

Hidup ini ibarat cerita dongeng Sinderella. Dalam pentas kehidupan ini, kitalah yang memeran watak Sinderella itu. Hidup yang penuh pancaroba namun, dihujung jalan ini ada sinar harapan yang membawa kebahagiaan yang kekal abadi.

Musuh utama Sinderella tentulah Ibu tirinya, Puan Sri Syaitan Durjana. Puan Sri Syaitan durjana sangat murka terhadap bapa Sinderella, Adam kerana Adam telah diangkat Allah menjadi Khalifah. Puan Seri Syaitan Durjana telah bersumpah untuk memusnahkan Sinderella dengan perancangan kejinya. Malanglah sekiranya Sinderella jatuh dalam perangkap ibu tirinya itu yang akan tertawa jika Sinderella terjelepuk dalam perancangan kejinya. Ibu Tiri Sinderella tidak pernah berhenti untuk memusnahkan Sinderella. Satu demi satu taktik dirancang, membuai mata Sinderella sehingga terlena dengan celaknya yang menggoda ketika Sinderella sedang tekun menuntut ilmu. Ibu Tiri Sinderella akan sentiasa menyuruh Sinderella untuk melakukan kejahatan, namun Sinderella perlu menahan godaan Ibu Tiri dengan sepenuh hati kerana jika tidak Sinderella sendiri yang akan rugi.

Selain itu, sebagai Sinderella, kita juga ada musuh lain. Kecantikkan iman Sinderella telah berjaya memikat Putera Raja, Al-Wildan(Pemuda Syurga). Namun, Sinderella akan sentiasa dicemburui oleh Kakak Tiri, Cik Hawa Nafsu yang mahu menjauhkan Sinderella dari Putera Rajanya. Cik Nafsu adalah musuh dan kakak tiri Sinderella. Nafsu tak pernah puas, ingin sentiasa untuk menjatuhkan iman Sinderella dengan godaan dan pujuk rayu supaya Putera Raja tawar hati terhadap Sinderella. Kakak Tiri, Cik Nafsu akan sentiasa mendorong Sinderella untuk mengimpikan dunia yang hanya pura-pura. Nafsu takkan pernah puas. Nafsu takkan pernah tunduk dan jika Sinderella lemah dan naïf, nafsu akan menguasai setiap tindak tanduk Sinderella. Sinderella perlu tegas untuk membantutkan perancangan jahat Kakak Tiri yang suka untuk menghancurkan Sinderella. Sinderella perlu lawan kakak tiri sedaya mampu, supaya Putera Raja, Al-Wildan(Pemuda Syurga) akhirnya menjadi milik Sinderella.

Putera Raja, Al-Wildan, tinggal di Istana Syurga yang mewah dan penuh kebahagiaan. Majlis Tari Menari di Syurga hanya untuk sesiapa yang mendapat jemputan pemiliknya, Allah. Kad Jemputan telah dihantar lebih 1400 tahun dahulu, Kad Jemputan bernama Al-Quran. Jika kita tidak menyimpan dan membaca kad jemputan tersebut mana mungkin untuk kita pergi ke Istana Syurga yang kekal abadi. Jika kaki ini ingin menuju ke Istana Syurga, perlulah mendapat keizinan Allah. Allah sudah memberi janji-NYA kepada Sinderella, jika Sinderella ingin ke Istana Syurga, Sinderella perlu menurut perintah-Nya. Jika Sinderella tiba di Istana Syurga nanti, Sinderella pasti dirias cantik seperti bidadari yang tak kalahnya Ainul Mardhiah. Sinderella akan mendapat sepatu kaca yang diimpikannya.

Namun, untuk sampai ke Istana Syurga, Sinderella perlu menaiki Kereta Kuda, Al-Ibadah namanya. Kereta kuda ini sangat cantik dan manis sehingga mendapat gelaran Halawatul Iman. Kereta kuda ini perlu dipukul pedatinya supaya ia berjalan, perlu diistiqamahkan kereta kuda ini supaya ia bergerak menuju ke Siratol Mustaqim(jalan yang lurus). Sinderella perlu pantas bergerak dengan kereta kudanya kerana jam di dinding sudah menunjukkan pukul 12, menandakan Pintu Istana Syurga, Al-Mati bakal di tutup. Penjaga pintu Al-Mati, Izrail namanya akan datang menjemput Sinderella ke alam lain terlebih dahulu sementara menunggu masa untuk ke Istana Syurga. Adalah lebih mudah untuk berjumpa Penjaga Izrail sekiranya, Sinderella menaiki kereta kuda, Al-Ibadah yang cantik dan lengkap tetapi Izrail sangat menakutkan sekiranya kereta kuda Sinderella adalah buruk dan selekeh.

Kesusahan hidup Sinderella di bumi ini akan terbalas setibanya di Istana Syurga yang abadi. Sinderella akan bertemu cintanya yang hakiki di sana. Hidup Sinderella di Istana Syurga mengalahkan hidup seorang puteri raja. Hidupnya serba mewah dan kebahagiaan sentiasa melimpah ruah. Indahnya kehidupan Sinderella di Istana Syurga. Hidup ini ibarat cerita dongeng Sinderella yang bersusah dahulu dan bersenang kemudian dan Akulah Sinderella itu….

Tuesday, June 15, 2010

Hayatilah....

Opick - Rapuh

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidup

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dadaku harap hanya
DiriMu yang bertahta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

Sunday, June 13, 2010

Petunjuk Sepanjang Jalan

Di sini,saya ingin berkongsi dengan pembaca sebuah buku hasil tulisan Asy Syahid Syed Qutb,judul asal Mu'allim Fi At Thoriq,judul terjemahan adalah Petunjuk Sepanjang Jalan. Semoga menjadi panduan utk diri saya dan juga pembaca.

Bab 1:Petunjuk Sepanjang Jalan

Masalah Umat Manusia sehingga hari ini.
  • penguasaan dunia Barat dan Timur yang bertunjangkan ideologi yang bertentangan dengan fitrah hidup manusia telah menampakkan kesan-kesan ketara dalam masyarakat dunia hari ini.
  • ideologi dan juga '-ISME2' yang diketengahkan menyebabkan kehilangan nilai hidup dalam diri seseorang individu yang lahir daripada acuan ideologi-ideologi ini.
  • dunia sekarang dikatakan berada dalam keadaan Jahiliah kerana sumber tertegaknya kehidupan dan peraturan mencabul hak Allah sebagai pemerintah dan penguasa yang mutlak.
  • ideologi-ideologi jahiliah itu digunakan utk membuat konsep2,nilai2,undang2,peraturan2 yang terpesong daripada program Allah.
  • kesan:kehinaan umat manusia dalam sistem kolektif dan kekejaman yang menimpa individu dan bangasa terjajah dibawah sistem kapitalis.

SOLUTION::::>SISTEM ISLAM

  • manusia memerlukan 'akidah' dan 'program' yang membolehkan manusia itu memelihara dan mengawal hasil ciptaan sains sebagai syarat utama kelayakan yang membolehkan memegang peranan memimpin umat manusia
  • Islam tidak mengabaikan kemajuan teknologi kerana penguasaan dalam teknologi adalah satu ibadah kepada Allah dan memenuhi salah satu tugas utama manusia,sebagai KHALIFAH dimuka bumi.
Firman Allah:
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:"Sesungguhnya Aku hendak jadikan seorang khalifah dimuka bumi."(Al-Baqarah:30)


"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu."(Adz-Dzariat:56)
  • Definisi umat Islam.
-umat manusia yang bebas daripada sebarang belenggu pengabdian sesama manusia
dengan cara mengabdikan diri kepada Allah,tunduk serta patuh kepada Allah.
-segolongan manusia yang menimba hidup,konsep reality,nilai hidup mereka dari sumber
Islam.
  • sistem Islam hanya dapat dilaksanakan oleh masyarakat yang menjadikan Islam sebagai panduan hidup.

Bagaimanakah caranya memulakan operasi kebangkitan Islam itu?

1. mesti ada golongan pelopor yang menerobos ke alam jahiliah dengan memakai kaedah :
-memisahkan diri
-membuat hubungan dibidang lain pula dengan pihak jahiliah
2.golongan pelopor ini perlukan panduan ttg:
  • tabiat peranan mereka
  • hakikat tugas mereka
  • intisari tujuan akhir perjalanan mereka
  • garis permulaan didalam perjalanan yang jauh itu
  • mendapatkan maklumat tentang jahiliah,bagaimana utk berjalan seiring dengan jahiliah dan dalam suasana yang bagaimanakah pula mereka harus memisahkan diri,bagaimana untuk melayani pihak jahiliah dengan kaedah Islam dan topik apakah yang perlu dibicarakan.
3.Panduan-panduan ini hendaklah bersumberkan sumber asal aqidah iaitu Al-Quran.