Sunday, July 19, 2009
Saturday, July 11, 2009
Surah Al-Fatihah
- Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih
- terdiri daripada 7 ayat
- mendidik tauhid dan adab dengan Allah.Mulakanlah amalan dengan nama Allah,nescaya hidupmu akan penuh keberkatan.
- membuktikan sifat penyayang dan pengasih Allah
- sifat yang berbeza daripada sifat makhluk.sifat penyayang makhluk ada batasnya,contohnya, kalau ada seorang rakan tiap-tiap hari meminta wang daripada kita,lama-kelamaan perasaan benci akan timbul dalam hati kita kepadanya,ini menunjukkan bezanya kasih sayang Allah yang tidak terbatas, selagi hambaNya meminta kepadaNya,bertambah cinta dan kasihlah Allah kepada hambaNya itu. Kasih sayang Allah kepada makhlukNya melebihi kasih ibu kepada anaknya.Sebagaimana firmanNya:
"Berdoalah kepadaKu,nescaya akan Ku perkenankan bagiMu..."
(Al-Mu'min40:60)
- perasaan kesyukuran pada hati seorang mu'min
- setiap kerdipan mata,hembusan nafas,detik dan waktu semuanya dari Allah namun, hanya sedikit orang yang bersyukur atas nikmat-nikmatNya.
- daripada Ibn Majah,seorang hamba berdoa"Wahai Tuhanku,segala pujian adalah bagi Engkau iaitu kepujian yang layak dengan keagungan zatMu dan kebesaran kuasaMu"
- "Rabb"-Tuhan adalah Pencipta,Pemelihara,Penguasa,Pentadbir
- "Ilah"-Tuhan yang menentukan peraturan,undang-undang(cara hidup)
- ulang buat kali kedua,menunjukkan penegasan.
- hubungan kasih sayang berkekalan antara Allah dan makhlukNya.
- meransangkan kesyukuran dan sanjungan terhadap Allah
- menginsafi dan mengenali diri sendiri.
- asas aqidah
- hari perhitungan amalan manusia
- kuasa mutlak di sisi Allah
- balasan amal didunia.
- Alam yang lebih agung daripada alam dunia.Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
"Dunia ini adalah ladang untuk bercucuk tanam(tempat melakukan amal ibadah dan amal kebaikan)yang hasilnya dituai di akhirat kelak"5.Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan
- aqidah asal dalam konsep tawajjuh(semuanya datang daripada Allah) dan beribadat kepada Allah
- aqidah pengisytiharan kemerdekaan manusia.Islam ingin menghapuskan amalan perhambaan sepertimana yang diamalkan umat manusia terdahulu dengan memperhambakan diri hanya kepada Allah bukan pada manusia lain.
- bebas dan merdeka daripada segala kepercayaan,cara hidup dan peraturan selain daripada Allah.Manusia yang tidak mengikut Al-Quran,umpama orang gila sebab dia telah menyalahi fitrahnya.
- memberi bimbingan dan petunjuk ke jalan yang benar
- bertawajjuh dengan doa sebagai bantuan dan pertolongan
- hidayah adalah unsur penting dalam kehidupan mu'min.
- merasakan diri kerdil dan lemah dihadapan Allah
- nikmat-nikmat mereka yang mengenal jalan kebenaran dan mendapat hidayah
- jalan dan cara hidup para rasul,nabi dan para solehin
- orang-orang yang sesat dan dimurkai iaitu Yahudi dan Nasrani
Friday, July 10, 2009
Ciri-ciri hamba kepada Yang Maha Pemurah
- Orang yang berjalan dengan rasa rendah hati. iaitu orang yang bebas daripada sifat sombong dan takbur. perasaan sombong ini bermula dengan rasa ujub(bangga diri) yang akan membuahkan penyakit hati yang lain iaitu riak. Riak adalah syirik kepada Allah secara tersembunyi yang akan membuatkan segala amal menjadi suatu yang sia-sia. daripada riak ini,maka timbullah rasa takbur dan seterusnya perasaan hasad dengki.
- Orang yang apabila disapa oleh orang yang jahil,dia akan menjawab "Salam"."Salam" disini, diertikan segala perkataan yang baik.disini,dapatlah digambarkan bahawa hamba Allah yang beriman ini tidak mudah panas baran,tetap bersabar dan "keep cool".
- Waktu siangnya akan disibukkan dengan urusan dunia,manakala apabila malam menjelang,akan diperuntukkan masanya bersama Allah(Qiamullail)
- Akan dihindari daripada neraka Jahannam-amalan hariannya jauh daripada amalan ahli neraka.
- Menginfakkan harta ke jalan Allah. Ini menunjukkan Allah telah mengajar hambaNya cara menguruskan kewangan.Seorang muslim hendaklah tidak boros dan tidak pula kedekut, yakni bersederhana dalam berbelanja.Pakar ekonomi menasihatkan agar menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada income setiap bulan untuk kegunaan emergency kelak.
- Tidak menyekutukan Allah/syirik.
- Tidak membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar seperti Qisas dan peperangan.
- Tidak berzina.Sebagaimana firman Allah:
Janganlah engkau menghampiri zina;(zina) itu sungguh suatu perbuatan keji,dan suatu jalan yang buruk. (Al-Isra',17:32)
Senyuman wanita adalah salah satu anak panah syaitan. Oleh itu,waspadalah wahai kaum Hawa. Betulkanlah niat kita even sewaktu bergambar..(praktis dulu ek depan cermin..senyuman tu menggoda ke tak..hehe) - Orang yang tidak memberikan kesaksian palsu
- Jaga kehormatan
- Mengambil pengajaran daripada ayat-ayat Allah
- Berdoa agar dikurniakan isteri/suami dan zuriat yang soleh.Pada ayat ini juga adalah doa yang elok diamalkan.
- Memohon agar zuriatnya menjadi pemimpin orang yang bertaqwa.Oleh itu, hendaklah mempersiapkan diri dengan kualiti yang baik dari segi ekonomi,akhlak,ibadah,aqidah
Belajar diluar negara...adakah yang haram menjadi halal?
Diri ini bukanlah seorang yang pandai menyusun kata-kata yang pasti akan membuat orang yang mendengarnya terpaku dan terpana seketika lantaran kata-kata hikmah yang terpacul di bibir. Ya.Kuakui semua itu.Orang disekeliling pun mengakuinya.Lantas diri ini memilih menjadikan blogging sebagai medium untuk menyampaikan dan berkongsi dengan kalian. Hanya sekadar percubaan,Semoga niat ikhlas serta secebis usaha ini akan dihitung Allah SWT.Insyallah.
Pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan lagi isu baru malah telah diperjelaskan dalam Al-Quran dan hadis. Islam telah pun mengajar umatnya tentang adab-adab malah Melayu juga penuh dengan pantang-larang berkenaan perkara ini. Tulisan ini bukanlah hanya untuk kalian sahaja malah sebagai peringatan untuk diri sendiri.
Telah lama aku amati masalah ini..gambar-gambar dalam Facebook,Friendster yang diupload telah cukup menggambarkan betapa ‘bebas’nya dan tanpa dibatasi iman pergaulan sesama bukan muhrim,yakni orang yang haram kalian gauli,sentuhi. Rasanya tak perlu diperjelaskan begitu detail pasal gambar-gambar itu. Sungguh menyedihkan apabila melihat watak-watak didalam gambar itu bukanlah orang yg asing bagiku,malah dikalangan sahabat-sahabatku sendiri.
Belajar diluar negara adakah bermaksud segala yang haram telah menjadi halal?Berada di luar negara adakah bermaksud lelaki dan perempuan yang bukan muhrim boleh digauli sesuka hati,sesuka nafsu syahwat?Berada diluar negara adakah bermaksud kalian bukan lagi orang Melayu yang terjaga adab sopannya?
Di kolej dulu, tak pernah aku dengar ada pelajar perempuan masuk sesuka hati dalam hostel pelajar lelaki.Di tanah air,kalian tidak pula tinggal serumah bercampur boys and girls even semasa pergi bercuti beramai-ramai.Dahulu,kalian berdating pun sorok-sorok, balik hostel malam-malam pun sembunyi-sembunyi,takut ditangkap dan disoal ustaz. Kenapa masalah ini kian parah apabila kalian berada diluar negara? Adakah kerana diluar negara sudah tiada lagi badan pencegah maksiat dari pihak pejabat menyerbu perbuatan khalwat ditempat sunyi?Adakah kerana diluar negara tiada lagi ustaz yang akan menyoal kalian apabila bermalam beramai-ramai dalam satu rumah?
Kepada siapakah sebenarnya patut kalian takutkan? Di dalam atau di luar negara,sedarkah kalian ada yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui di atas sana? Malah,lupakah kalian bahawa malaikat Raqib dan Atiq sentiasa menulis setiap amalan baik dan buruk kalian?Lupakah kalian bahawa mati akan menjelang bila masa pun,tidak kira umur dan tempat?Menyambut hari lahir dirumah pelajar lelaki..apabila ditegur,jawabnya,ingin mengeratkan ukhwah sesama rakan. Kenapakah ukhwah yang murni dicemari pemahaman yang cetek dan jahil sedemikian?Apabila ditegur,jawabnya.."bukannya ada apa-apa yang berlaku pun".Ya.Memang tiada apa-apa yang berlaku.Semua yang dahulunya adalah luar biasa sudah menjadi perkara biasa.Kelak,apabila disoal kenapa berdua-duaan..jawabnya,"Jangan risau,berdua-duaan je,bukannya berzina".Then,apabila disoal tentang perbuatan berzina,jawabnya,"Alahh..relax arr..bukannya mengandung pun".Inikah yang kalian inginkan?Inilah yang akan berlaku apabila dosa-dosa kecil dipandang ringan,sebagai satu fenomena yang biasa. Bukalah mata hati kalian untuk memahami hakikat batas-batas pergaulan yang digariskan agama,yang kalian belajar dan hafal dahulu untuk menjawab soalan subjek Pendidikan Agama Islam.Janganlah ianya sekadar teori untuk dihafal tetapi tidak dipraktikkan.
Sedarlah wahai sahabat-sahabatku,tepuk dada tanya Iman.Islam bukanlah teori-teori yang diterima nabi Muhammad daripada Allah untuk dihafal dan sebagai tambahan ilmu pengetahuan sahaja tetapi Islam adalah deen, the way of life. The way we see things in our life. Ingatlah, lelaki tetap lelaki,dan wanita tetap wanita. Masing-masing telah diciptakan dengan nafsu. Apabila godaan syaitan melanda,apa-apa sahaja boleh berlaku.segalanya akan kelihatan indah..mana taknya,syaitan dikala itu akan memainkan peranannya dengan begitu baik sekali. Sebagaimana firman Allah,
“Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan,berupa perempuan-perempuan,anak-anak,harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak,..”
(Ali-Imran,3:14)