Bab 1:Petunjuk Sepanjang Jalan
Masalah Umat Manusia sehingga hari ini.
- penguasaan dunia Barat dan Timur yang bertunjangkan ideologi yang bertentangan dengan fitrah hidup manusia telah menampakkan kesan-kesan ketara dalam masyarakat dunia hari ini.
- ideologi dan juga '-ISME2' yang diketengahkan menyebabkan kehilangan nilai hidup dalam diri seseorang individu yang lahir daripada acuan ideologi-ideologi ini.
- dunia sekarang dikatakan berada dalam keadaan Jahiliah kerana sumber tertegaknya kehidupan dan peraturan mencabul hak Allah sebagai pemerintah dan penguasa yang mutlak.
- ideologi-ideologi jahiliah itu digunakan utk membuat konsep2,nilai2,undang2,peraturan2 yang terpesong daripada program Allah.
- kesan:kehinaan umat manusia dalam sistem kolektif dan kekejaman yang menimpa individu dan bangasa terjajah dibawah sistem kapitalis.
SOLUTION::::>SISTEM ISLAM
- manusia memerlukan 'akidah' dan 'program' yang membolehkan manusia itu memelihara dan mengawal hasil ciptaan sains sebagai syarat utama kelayakan yang membolehkan memegang peranan memimpin umat manusia
- Islam tidak mengabaikan kemajuan teknologi kerana penguasaan dalam teknologi adalah satu ibadah kepada Allah dan memenuhi salah satu tugas utama manusia,sebagai KHALIFAH dimuka bumi.
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat:"Sesungguhnya Aku hendak jadikan seorang khalifah dimuka bumi."(Al-Baqarah:30)
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu."(Adz-Dzariat:56)
- Definisi umat Islam.
dengan cara mengabdikan diri kepada Allah,tunduk serta patuh kepada Allah.
-segolongan manusia yang menimba hidup,konsep reality,nilai hidup mereka dari sumber
Islam.
- sistem Islam hanya dapat dilaksanakan oleh masyarakat yang menjadikan Islam sebagai panduan hidup.
Bagaimanakah caranya memulakan operasi kebangkitan Islam itu?
1. mesti ada golongan pelopor yang menerobos ke alam jahiliah dengan memakai kaedah :
-memisahkan diri
-membuat hubungan dibidang lain pula dengan pihak jahiliah
2.golongan pelopor ini perlukan panduan ttg:
- tabiat peranan mereka
- hakikat tugas mereka
- intisari tujuan akhir perjalanan mereka
- garis permulaan didalam perjalanan yang jauh itu
- mendapatkan maklumat tentang jahiliah,bagaimana utk berjalan seiring dengan jahiliah dan dalam suasana yang bagaimanakah pula mereka harus memisahkan diri,bagaimana untuk melayani pihak jahiliah dengan kaedah Islam dan topik apakah yang perlu dibicarakan.
No comments:
Post a Comment