1 Syawal,21 September 2009 di Auckland,New Zealand
7.00pm
Suasana pagi hening dan terbitnya matahari diufuk timur menyapa hatiku,Kagum dengan penciptaan Allah.Sungguh cantik sinaran mentari pada kala itu.Sungguh bijaksana Maha Pencipta.Mengingatkan aku hari ini adalah 1 Syawal diperantauan.1 Syawal pertama dalam hidupku tanpa kehadiran keluarga di sisi.Dalam benak fikiran,terbayang-bayang apa yang akan berlaku sepanjang hari ini.Menyambut hari Raya tanpa keluarga tercinta dan hari Isnin, ada kuliah yang tertakluk dalam jadualku sebagai BSc Chemistry di University of Auckland.Setelah bersiap sedia untuk ke Forte Common Room,aku menanti Iffah dan juga Farah untuk pergi bersama-sama menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.
Harapnya,ada lagi ruang untuk kami bersolat memandangkan ruang terhad di common room. Alhamdulillah,selesai juga Solat Sunat Aidilfitri. Sebelum fly,aku sudah mula membayangkan suasana menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama pak arab dan Muslim comunity yang lain.Allah Perancang dan Penentu yang terbaik. Angan-anganku lenyap sama skali apabila diumumkan 1 Syawal jatuh pada hari Isnin,yang tidak memungkinkan kami menunaikan solat sunat Aidilfitri di Stadium Henderson.Mungkin ada hikmah disebaliknya.
Setelah selesai bersolat,para jemaah bermaaf-maafan sesama sendiri dan bermulalah sesi bergambar sementara menunggu Open House Mount Street yang juga berlangsung di Forte Common Room.Pelbagai juadah yang enak-enak dijamah sehinggakan aku sudah tidak mampu lagi untuk menghabiskan sepotong biskut buatan orang Arab yang sedap itu.Terlupa aku terhadap pesan nabi..."Berhenti sebelum kenyang.."
pukul 1040,aku bergegas ke lecture Maths 260.Hanya 3 orang antara kami yang datang,Farah,Nurul dan aku sendiri.Yang lain...tak ada mood belajar katanya.Aku hanya tersenyum,rugi rasanya kalau tidak menghadiri kuliah.Alhamdulillah.
Di kala petang ini,hati ini mula terasa kosong.Sunyi.Bosan.Mood belajar untuk test esok hilang entah kemana.Barulah aku mengerti perasaan rakan-rakan.Walaupun di tengah ramai,kekosongan telah mengisi ruang hati ini.Mulalah aku terbayang-bayang keadaan dirumah.Sedih dan sayu memikirkan perasaan ummi yang juga kesunyian di pagi Syawal.Walaupun beranak ramai,namun tetap sunyi apabila masing-masing sudah punya keluarga sendiri.Satu keadaan yang terpaksa diterima."Ya Allah,pulihkanlah semangatku...bukakanlah hati ku...sesungguhnya Engkaulah pemegang hati-hati...."
Buat Bonda dan ayahanda,tabahkanlah hati kalian,Walaupun jauh di mata,kalian tetap dekat dihati anakanda.Salam Aidilfitri dari Anakanda diperantauan
slm wanie dear....
ReplyDeletexpe,korg dpt rya haji kt msia...
dpt gak dgr suara takbir di msia kn?!
km rya aji kt ireland je...hehe,xpe aritu dh rsa rya kt msia...nway,study rjin2 ek..
n nnt rjin2 update ur blog ek...tell about ur experience in auckland...intersted gak taw psl NZ n ur course.... c ya!
luv,
Farah Wahida (ex-5 Negeri)
;)
Salam Farah,
ReplyDeleteerm...nasib baiklah sempat raya aji kt malaysia. skrg ni pon tgh counting days dah..dh berbunga-bunga nk balik Malaysia..huhu.sekarang ni baru tgh nk berjinak-jinak tulis blog.mungkin dapat menjadi platform utk cetusan idea dan praktis untuk menyampaikan sesuatu kt org lain.. insyallah..
luv n miss u too:-)