Saturday, September 26, 2009

Remembrance of Al-Quds





26 September 2009
Sabtu,0930-2200
Eng 1.439

Berlangsung sudah acara yang telah lama ditunggu setelah sekian lama tertangguh dek perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.Hampir saja semangat yang berkobar-kobar untuk mempersembahkan puisidra "pentas dunia" terkubur ditelan masa.Acapkali teman-teman merungut serta bermonolog akan kesibukan hidup sebagai seorang pelajar,tertekan dengan assignment yang menimbun,test serta exam final yang akan menyusul tak lama lagi.Aku juga begitu.Namun,atas dorongan dan komitment yang begitu mantap oleh kakak-kakak mematikan sejenak rungutan hati ini.Seharusnya mereka lebih bimbang akan study dan assignment2.Al maklumlah semakin tinggi level study,semakin susah.
Pada Malam Persembahan ini melibatkan 9 kumpulan gabungan circle memberikan persembahan yang mantap.Puisi,sketsa dan nasyid adalah kategori pertandingan.Alhamdulillah,puisidra "Pentas Dunia" telah memenangi tempat kedua bagi kategori puisi. Jazakillahu Khair kepada kumpulan Kak Azieda yang telah berjaya menyentuh hati penonton dengan persembahan mantap kalian.Tahniah diucapkan.Puisi yang berkisarkan kelalaian diri dan lupa akan nasib saudara seaqidah di Palestin khususnya memukul hati dan terkena pada batang hidung sendiri.

Kita sering dilalaikan dengan dengan hal-hal yang remeh seperti makanan yang tidak enak,pakaian yang tidak cantik serta penat lelah untuk belajar...tidakkah kita sedar yang kita sangatlah beruntung kerana masih diberi nikmat yang banyak oleh Allah,jika dibandingkan dengan nasib saudara-saudara kita di Darfur yang kini sedang menderita kekurangan zat dan
minuman,hanya menanti masa untuk mati.


Pernahkah kita terlintas untuk mensyukuri nikmat Allah kerana masih diberi peluang untuk menghadiri kuliah tanpa ditahan tentera Israel yang bersenjata sebagaimana pelajar-pelajar di Palestin,namun mereka tetap melawan dan bersemangat untuk belajar.Adakah semangat kita setanding mereka?
Betapa ramai lagi saudara seakidah kita sedang menderita dek rancangan kufar durjana.



Ayuhlah kita bertindak sekarang!!!Walaupun kita tidak mempunyai kekuatan dari segi penentangan senjata,kita masih boleh melemahkan ekonomi mereka dengan memBOIKOT barangan Yahudi dan Amerika yang menyumbang kepada kehancuran Deen Allah dimuka Bumi ini.Sumbangan dana juga boleh membantu saudara-saudara kita Selain itu,jangan pula kita lupa yang DOA adalah senjata orang MUKMIN. Amalkanlah bacaan Doa Qunut Nazilah kerana Allah meminta hambaNya untuk meminta daripadaNya sebagaimana firmanNya:

"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu"
(Surah al-Mukmin,40:60)



Monday, September 21, 2009

1 Syawal di Auckland,New Zealand

Align Center





1 Syawal,21 September 2009 di Auckland,New Zealand
7.00pm
Suasana pagi hening dan terbitnya matahari diufuk timur menyapa hatiku,Kagum dengan penciptaan Allah.Sungguh cantik sinaran mentari pada kala itu.Sungguh bijaksana Maha Pencipta.Mengingatkan aku hari ini adalah 1 Syawal diperantauan.1 Syawal pertama dalam hidupku tanpa kehadiran keluarga di sisi.Dalam benak fikiran,terbayang-bayang apa yang akan berlaku sepanjang hari ini.Menyambut hari Raya tanpa keluarga tercinta dan hari Isnin, ada kuliah yang tertakluk dalam jadualku sebagai BSc Chemistry di University of Auckland.Setelah bersiap sedia untuk ke Forte Common Room,aku menanti Iffah dan juga Farah untuk pergi bersama-sama menunaikan Solat Sunat Aidilfitri.
Harapnya,ada lagi ruang untuk kami bersolat memandangkan ruang terhad di common room. Alhamdulillah,selesai juga Solat Sunat Aidilfitri. Sebelum fly,aku sudah mula membayangkan suasana menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama pak arab dan Muslim comunity yang lain.Allah Perancang dan Penentu yang terbaik. Angan-anganku lenyap sama skali apabila diumumkan 1 Syawal jatuh pada hari Isnin,yang tidak memungkinkan kami menunaikan solat sunat Aidilfitri di Stadium Henderson.Mungkin ada hikmah disebaliknya.
Setelah selesai bersolat,para jemaah bermaaf-maafan sesama sendiri dan bermulalah sesi bergambar sementara menunggu Open House Mount Street yang juga berlangsung di Forte Common Room.Pelbagai juadah yang enak-enak dijamah sehinggakan aku sudah tidak mampu lagi untuk menghabiskan sepotong biskut buatan orang Arab yang sedap itu.Terlupa aku terhadap pesan nabi...
"Berhenti sebelum kenyang.."
pukul 1040,aku bergegas ke lecture Maths 260.Hanya 3 orang antara kami yang datang,Farah,Nurul dan aku sendiri.Yang lain...tak ada mood belajar katanya.Aku hanya tersenyum,rugi rasanya kalau tidak menghadiri kuliah.Alhamdulillah.
Di kala petang ini,hati ini mula terasa kosong.Sunyi.Bosan.Mood belajar untuk test esok hilang entah kemana.Barulah aku mengerti perasaan rakan-rakan.Walaupun di tengah ramai,kekosongan telah mengisi ruang hati ini.Mulalah aku terbayang-bayang keadaan dirumah.Sedih dan sayu memikirkan perasaan ummi yang juga kesunyian di pagi Syawal.Walaupun beranak ramai,namun tetap sunyi apabila masing-masing sudah punya keluarga sendiri.Satu keadaan yang terpaksa diterima."Ya Allah,pulihkanlah semangatku...bukakanlah hati ku...sesungguhnya Engkaulah pemegang hati-hati...."


Buat Bonda dan ayahanda,tabahkanlah hati kalian,Walaupun jauh di mata,kalian tetap dekat dihati anakanda.Salam Aidilfitri dari Anakanda diperantauan