Rasulullah(s.a.w) telah dilahirkan pada hari Isnin, 9 Rabiulawal dipermulaan Tahun Gajah,tahun ke-40 dalam pemerintahan Raja Kisra Anu Syirwan bersamaan 20/22 April tahun 571 Masihi.(mengikut perkiraan Ulama Agong Muhammad(s.a.w) Sulaiman al-Mansurpuri dan pentakhkik Falak Mahmud Basya.
Keajaiban dan irhas Nabi Muhammad ialah:
1. Satu cahaya yang menerangi mahligai-mahligai di negeri Syam.
Ibn Sa'd meriwayatkan ibu Rasulullah(s.a.w) menceritakan: Ketika ku melahirkannya, satu cahaya telah keluar dari farajku,menerangi mahligai-mahligai di negeri Syam.
2. Sebelum kelahiran baginda, berlaku runtuhan 14 anjung dewan Kisra Parsi,
3. Tepadamnya api sembahan penganut agama Majusi,
4. Robohnya gereja-gereja di sekitar tasik Sawah yang sebelum ini penuh sesak dengan pengunjung
Setelah Aminah melahirkan Muhammad(s.a.w) datuknya, Abdul Mutalib segera membawa baginda ke dalam Kaabah,berdoa dan bersyukur kepada Allah. Abdul Mutalib telah memilih Muhammad(s.a.w) sebagai nama cucunya,nama itu tidak pernah dinamakan kepada sesiapa pun oleh bangsa Arab sebelum ini. baginda telah dikhatankan pada hari ke-7 mengikut kebiasaan bangsa Arab.
Penyusuan Nabi Muhammad
Ibu susu nabi Muhammad(s.a.w) yang pertama ialah Thuwaibah,hamba Abu Lahab.
Antara saudara sepenyusuan Muhammad(s.a.w)
- Masruh(anak kepada Thuwaibah)
- Hamzah bin Abdul Mutalib
- Abu Salamah in Abdul Asad al-Makhzumi
Mengikut kebiasaan bangsa Arab hadhar(bandar), penyusu-penyusu anak-anak mereka adalah dari kawasan pedalaman di atas beberapa faktor:
- mencegah dari penyakit-penyakit yang terdapat dibandar
- pembesaran fizikal
- pembinaan otot-otot
- membantu lisan bahasa Arab dengan baik sejak dalam buaian
Atas sebab-sebab inilah Abdul Mutallib menyerahkan nabi Muhammad(s.a.w) kepada Bani Sa'd Halimah binti Abi Zuaib isteri kepada al-Harith bin Abd Qira(digelar Abu Kabsyah) .Antara saudara sepenyusuan Muhammad(s.a.w):
- Abdullah bin al-Harith
- Anisah binti al-Harith
- Huzafah binti al-Harith(pengasuh Rasulullah(s.a.w))
- Abu Sufian Ibn al-Harith bin Abdul Mutalib(bapa saudara baginda)
- Hamzah bin Abd Mutalib(bapa saudara baginda)
Keberkatan Rasulullah(s.a.w) semasa dalam jagaan Halimah as-Saadiah
- Dada Halimah tiba-tiba penuh dengan susu apabila didukungnya Rasulullah sehingga dapat mengenyangkan Rasulullh dan juga anak-anaknya.
- Unta yang sebelum ini tidak mengeluarkan susu,telah mengeluarkan susu dengan banyaknya.
- Keldai tunggangan tidak dapat disaingi oleh keldai-keldai yang lain.
- Apabila tiba di kampung, Halimah melihat uncang kambing-kambing ternakan mereka juga sarat dengan susu.
Setelah 2 tahun,Rasulullah telah dikembalikan kepada ibunya,Aminah.Namun, disebabkan keberkatan Rasulullah, Halimah meminta agar Rasulullah terus berada dibawah penjagaannya sehinggalah baginda berusia 4/5 tahun. Pada suatu hari ketika baginda berusia 4/5 tahun,ketika sedang bermain dengan kanak-kanak lain, peristiwa pembedahan dada oleh Jibrail berlaku untuk menyucikan hati Rasulullah dengan air Zamzam. Halimah berasa takut dengan peristiwa tesebut lalu dipulangkan Rasulullah ke pangkuan Aminah.