Thursday, November 5, 2009

Ulang Tahun Kelahiran ke-21



Hari ini genap sudah usia ku 21 tahun.Terima kasih kepada semua yang wish...(dengan semua cara...termasuklah thru facebook n ym)U guys all so sweet.Bersyukur aku kerana dikurniakan Allah orang yang mengambil berat tentang diri ini..terasa disayangi.(hati berbunga2...hehe) erm..apa yang aku boleh buat bila dah menjangkau 21 tahun?satu perkara yang terlintas dibenak fikiran adalah berdaftar sebagai pengundi.Sudah cukupkah usia 21 tahun untuk menilai keputusan yang terbaik dalam hal masa depan negara?Minat juga aku dalam bidang politik ni...cuma sekarang ni hidup telah disibukkan dengan studies...so xsempat nak mengikuti perkembangan politik di Malaysia.
(erm.....sudah 21 tahun rupanya aku hidup kt dunia ni..~bermonolog sambil berfikir panjang~)Dalam berperasaan gembira ..terdetik juga hati ini yang hakikatnya ulang tahun kelahiran tu sebagai peringatan yang umur semakin bertambah...semakin dekat dengan kematian. Perasaan kini sudah bercampur baur,antara nk rasa seronok sambut birthday atau pon nk bersedih n risau. Persoalan-persoalan yang bermain di hati:

  • Apa khabar bekalan amalan untuk dunia akhirat selama 21 tahun?
  • Andai kata Allah "menjemput" pulang..sudah bertaubatkah atas segala dosa yang terkumpul selama 21 tahun?
  • Masih berada di dunia kanak-kanakkah bila usia sudah mencapai 21 tahun?
  • Bagaimana tahap kesedaran dan pacuan semangat untuk menjadi salah satu binaan Islam selama ini..21 tahun?
  • Sudah cukupkah persediaan untuk mengambil alih tanggungjawab sebagai DAIE setelah berlalu 21 tahun ini?

Teringat aku ayat Al Quran yang cukup menyentak hatiku ketika pertama kali mendengar Muqaddimah ISK di Zayed College(semoga ianya sentiasa menjadi alarm dan motivasi pada hati ini...sebagai peringatan setiap helaan nafas)



"Wahai orang-orang yang beriman!Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?(Iaitu) kamu beriman dengan Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui,nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai,dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn.Itulah kemenangan yang agung. Dan(ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat(waktunya).Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin"
(Surah As-Saff,61:10-13)


Sangat menarik urusan jual beli dengan Allah yang terkandung dalam ayat ini.Tiada siapa yang boleh memberi tawaran yang sedemikian rupa selain Allah.Semoga diri ini tsabat dan berhimmah tinggi dalam meniti jalan perjuangan menuju SyurgaNya dan hari-hari yang mendatang akan sentiasa diberkati.Birthday wish adalah peringatan terbaik setiap tahun untuk merenew azam diri....:-)terima kasih sekali lagi kepada sesiapa yang wish..jazakillah khair