Saturday, October 17, 2009

Isteri Solehah...???How?




Assalamualaikum...entry kali ini adalah mengenai tips-tips untuk menjadi isteri solehah.Mungkin topik ini pada sesetengah orang(early adult age like me...21st) fikir yang ianya terlalu awal untuk dibincangkan.Dan ada pula yang mula melahirkan keinginan untuk mendirikan rumahtangga...(mungkin 2-3 tahun lagi)erm,.....itu bukanlah tempoh masa yang terlalu lama...malah sangat singkat....especially dengan student life di Auckland,New Zealand ni.mmg pack jadual hariannya.Namun,bagi saya,tak salah untuk kita menimba ilmu sedikit demi sedikit dari sekarang kerana lambat laun masanya pasti akan tiba.(Makluman:almost 90% entry ini adalah diambil dari blog yang saya jumpa...bukan hasil karangan sendiri ye...)

10 Ciri-Ciri Isteri Solehah

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah ‘budak’ wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi ‘budak’ bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:

  • Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
  • Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.
  • Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

Palestine Will Be Free



Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye
What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?
And all those other lies?
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive

I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
‘Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free

Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
© Awakening Records 2009


Wednesday, October 14, 2009

Terus bermujahadah......

Buat semua Chemistry 120 student....semoga tsabat bermujahadah.Usaha sehabis baik...Insyallah,Allah akan menghitung usaha kita dan memberikan yang terbaik.:-)
Ingat....Allah lah yang memberi rezeki.Ingatlah Allah ketika kamu senang,nescaya Allah akan ingat kita sewaktu kita susah







Chemistry Test 2
Time:6.30pm
Venue:Large Chem

Tuesday, October 13, 2009

To all Aucklanders...




Study HARD but Pray HARDER.

"Diwajibkan atas kamu berperang,padahal itu tidak menyenangkan bagimu.Tetai boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu,dan boleh jadi jika kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui."
[Al-Baqarah,2:216]

"Wahai orang-orang yang beriman!Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.Sungguh,Allah beserta orang-orang yang sabar"
[Al-Baqarah,2:153]

"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah,niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya,dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah,niscaya Allah akan mencukupkan(keperluannya)Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.Sungguh,Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu."
[At-Thalaq,65:2-3]